"PERANGI PENGGUNAAN BEG PLASTIK"









"KEINDAHAN ALAM TELAH DINODAI"

Kelab Pencinta Alam sedang rancak melancarkan satu kempen "Perangi Penggunaan Beg Plastik" bagi menyelamatkan bumi dari terus menderita. Dewasa ini, bumi semakin nazak akibat kerakusan manusia yang leka mengejar kekayaan
dunia. Tiada lagi belas ihsan daripada seorang insan yang bergelar manusia. Dunia hanya tumpangan sementara waktu bagi umat manusia.

Kerakusan manusia telah menyebabkan keindahan alam dinodai. Terdapat pelbagai masalah yang dicipta oleh manusia yang secara tidak langsung mendatangkan kemudaratan terhadap alam sekitar. Salah satunya ialah penggunaan beg plasti. Umum mengetahui bahawa beg plastik diperbuat daripada bahan-bahan petroleum.

Oleh itu, kita sebagai manusia perlu menggunakan beg mesra alam bagi memberi nafas yang baru kepada bumi.















Ini peringatan Allah swt, sebagaimana yang di sebut di dalam surah Ar- Rum ; 41

"telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"....


Film Lainnya


Komentar :