10 TIPS HIJAU



10 TIP HIJAU....

1. TANAM POKOK
“amalkan tanam pokok di tepi jalan dan kawasan perumahan.
Ia membantu mengurangkan suhu panasdi kawasan perumahan urban dan bertindak menyerap air banjir”.


2. JANGAN BUANG BARANGAN TERPAKAI

“guna semula atau jual barangan persendirian bagi mengelakan berlakunya
kesan buruk kepada alam sekitar”.

3. KITAR SEMULA SURAT KHABAR, TIN DAN PLASTIK
“untuk mengurangkan pencemaran alam, kitar semula kertas, surat khabar,
bekas minum plastik dan plastik”.


4. JAUHI BEG PLASTIK “diperbuat daripada bahan petroleum, penggunaan plastik sememangnya mendatangkan
kemudaratan kepada alam sekitar dan kesihatan diri”.


5. JALAN,BERBASIKAL DAN BARANGAN TERPAKAI

“asap daripada kenderaan bermotor menyumbangkan kepada pelepasan hidrokarbon,
gas karbon dan gas karbon monoksida ke atmosfera yang sangat tinggi”.


6. BAWA BEG GUNA SEMULA KETIKA MEMBELI-BELAH
“amalkan penggunaan beg mesra alam bagi mengurangkan pencemaran penggunaan
beg plastik yang membahayakan alam sekitar”.


7. FIKIR SEBELUM MENCETAK, JIMAT KERTAS

“menggelakkan pembaziran terhadap penggunaan kertas, amalkan komunikasi menerusi
Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau di laman maya, internet, serta kurangkan
penggunaan kertas pembalut barangan seperti hadiah”.

8. MELUPUSKAN ATAU KOMPOS SISI MAKANAN

“jangan membuang sisa makanan ke dalam parit atau lubang yang boleh
mengakibatkan saluran tersumbat. Sebaiknya kompos sisa makanan menjadi baja tanaman”.

9. GUNA BARANGAN ORGANIK “Baja organik dapat membantu memelihara kesegaran tumbuhan hijau”.

10. JIMATKAN PENGGUNAAN BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR
“pastikan semua suiz bekalan elektrik di padamkan sebelum meninggalkan rumah.
Guna air tadahan hujan ketika melakukan aktiviti harian seperti menyiram tanaman”.







































Film Lainnya


Komentar :